Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ketua Kesihatan UK, gesa, suntikan, campak, elak, penyebaran, kesihatan, penyakit, dunia

    ECUADOR, 19 JAN – Pihak berkuasa Ecuador kelmarin menahan suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuh pendakwa raya dan mengerahkan tentera untuk mengawal penjara utama sebagai sebahagian daripada perang yang berterusan antara kerajaan dan kumpulan penjenayah berpengaruh.

    Pendakwa raya ditembak mati baru-baru ini di dalam keretanya di jalan bandar pelabuhan Guayaquil, yang telah menjadi hab berbahaya untuk eksport kokain dari negara-negara jiran. Komander Polis, Jeneral Cesar Zapata berkata di media sosial kelmarin bahawa dua suspek telah ditangkap.

    Beliau berkata senapang, dua pucuk pistol dan dua kereta telah dirampas sebagai bukti.

    Pendakwa raya yang terbunuh, Cesar Suarez, telah bertanggungjawab terhadap siasatan ke atas serangan dramatik oleh kumpulan penjenayah ke atas sebuah studio televisyen milik kerajaan yang disiarkan secara langsung minggu lalu, juga di Guayaquil.

    Sementara itu, ratusan askar dan polis, diiringi trak tentera, memasuki kompleks penjara kelmarin, tempat yang sama di mana ketua kumpulan penjenayah, Adolfo Macias yang dikenali sebagai Fito, melarikan diri minggu lalu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...