Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ketua Kg RPN Panaga B, C dipilih

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 22 OKT – Awang Mohd Ariffin bin Abdullah dan Awang Khairul Abidin bin Mohd Yassin masing-masing dipilih sebagai ketua kampung bagi Skim Perumahan Negara (RPN) Panaga B dan C selepas sesi pengundian selama tiga hari.

    Bermula 20 Oktober lalu, penduduk kedua-dua kampung mengundi melalui Aplikasi E-Undi PMKK dengan pengundian fizikal diadakan hari ini.

    Hadir menyaksikan pengundian fizikal yang diadakan di Dewan Serba Guna Sekolah Rendah Panaga berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad yang diiringi oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Bukit Sawat, Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman.

    Hadir sama ialah Ketua Unit Perhubungan Korporat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, serta para penghulu dan ketua kampung di Daerah Belait.

    Awangku Arif Anuar dalam ucapannya menekankan peranan penting yang dimainkan oleh ketua kampung dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan kampung serta penduduknya.

    Penduduk kampung membuang undi semasa pengundian fizikal di Dewan Serba Guna Sekolah Rendah Panaga. – Gambar oleh Daniel Lim
    Sesi kiraan undian dijalankan. – Gambar oleh Daniel Lim

    Awang Mohd Ariffin, 52, ketika ditemui pula berkata, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam memastikan kesejahteraan kampung kerana sebelum ini beliau memangku jawatan ketua kampung bagi seluruh RPN Panaga sejak Jun 2019.

    “Di samping majlis perundingan kampung (MPK), terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan di kampung ini, daripada kempen pembersihan, perhimpunan keagamaan, serta acara sukan dan keusahawanan yang bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan pertumbuhan perniagaan tempatan,” tambahnya.

    Beliau berharap dapat meneruskan inisiatif yang telah dirancang sebelum ini bagi memberikan sokongan lebih baik dan memenuhi keperluan kampung.

    Sementara itu, Awang Khairul Abidin, 48, berkata bahawa walaupun beliau mempunyai sedikit pengalaman kerana ini adalah yang pertama buatnya, namun disiplin yang beliau perolehi sepanjang 18 tahun tahun berkhidmat sebagai sarjan dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan membantu memastikan keselamatan dan kesejahteraan kampung.

    “Setelah dilatih menjadi pemimpin, saya berharap dapat membawa disiplin dan tanggungjawab ini dalam mewakili kampung dan penduduk sebagai ketua kampung,” katanya lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...