Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lebih 300 sertai Forum Peduli Ummah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Kita sebagai umat Islam perlu untuk mengetahui tentang isu Palestin, lebih-lebih lagi tentang insiden yang terjadi baru-baru ini.

    Sehubungan itu, Kumpulan Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong dengan kerjasama AJK takmir masjid dan Persatuan WeCare telah menganjurkan Forum Peduli Ummah 2.0 di masjid berkenaan, kelmarin, yang dihadiri oleh lebih 300 orang.

    Forum yang dipengerusikan oleh Haji Abdul Mateen Bolkini bin Haji Ahmad itu menampilkan ahli-ahli panel jemputan iaitu Pengawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Mohd Yussof bin Haji Abdul Majid dan Penolong Pensyarah Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Hilman bin Haji Salim.

    Dengan mengetengahkan tajuk Palestin: Jauh di Mata Dekat di Hati, forum bertujuan untuk memberikan kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat Islam di Brunei khususnya berkenaan isu Palestin terutamanya setelah insiden yang terjadi baru-baru ini.

    Antara yang menyertai forum tersebut. – Gambar oleh Yusrin Junaidi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...