Friday, January 31, 2025
22.2 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Ketua PBB gesa bantuan luar AS diteruskan susulan pengumuman Trump

HAMILTON, 28 JAN – Ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menyuarakan kebimbangan berhubung pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini mengenai pembekuan bantuan baharu kepada negara lain, lapor agensi Anadolu (AA).

“Setiausaha Agung (Antonio Guterres) melahirkan kebimbangan terhadap pengumuman pembekuan bantuan luar AS,” kata jurucakap Stephane Dujarric semasa sidang akhbar, sambil menekankan peranan penting bantuan itu dalam menyokong populasi rentan di seluruh dunia.

Menekankan kepentingan memastikan program kemanusiaan dan pembangunan tidak terjejas, Dujarric berkata, “Setiausaha Agung menyeru agar pengecualian tambahan dipertimbangkan untuk memastikan pelaksanaan berterusan aktiviti pembangunan dan kemanusiaan penting untuk masyarakat yang paling rentan di seluruh dunia, yang kehidupan dan mata pencarian bergantung kepada sokongan ini”.

Dujarric turut mengulangi kepentingan untuk terbabit dalam libat urus dengan pentadbiran Trump untuk menangani cabaran global secara kolaboratif.

“Setiausaha Agung berharap dapat terbabit dalam libat urus dengan pentadbiran baharu AS mengenai penyediaan sokongan pembangunan yang amat diperlukan kepada mereka yang bergelut dengan cabaran paling sukar yang dihadapi dunia membangun,” kata jurucakap itu.

“AS ialah antara penyumbang bantuan terbesar dan adalah penting untuk kita bekerjasama secara konstruktif bagi membentuk hala tuju strategik ke hadapan,” tambahnya.

Pembekuan itu adalah sebahagian daripada perintah eksekutif Trump minggu lepas, yang meminta semakan selama 90 hari terhadap perbelanjaan bantuan luar bagi menilai penjajarannya dengan keutamaan dasar luar AS.

Meskipun memo itu menggariskan pengecualian untuk Israel dan Mesir, yang masing-masing menerima AS$3.3 bilion dan AS$1.3 bilion dalam pembiayaan ketenteraan luar setiap tahun, bantuan kepada sekutu utama AS lain, termasuk Ukraine, Jordan dan Taiwan dilaporkan terjejas. – Bernama

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberi isyarat semasa sidang media di sebuah hotel di Beirut pada 18 Januari. – AFP
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda