Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ketua PBB rayu bantuan kemanusiaan ditingkatkan ke Gaza

    ANKARA, 2 FEB – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru agar peningkatan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza disegerakan akibat masalah kebuluran, hilang tempat tinggal dan keruntuhan sistem kemanusiaan.

    “Saya menyeru agar akses kemanusiaan dipercepat, selamat, tanpa halangan, diperluas dan berterusan di seluruh Gaza

    “Rakyat di Gaza kelaparan. Seramai 1.7 juta orang telah hilang tempat tinggal. Sistem kemanusiaan semakin runtuh,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan Guterres di platform X pada Khamis.

    Israel telah melancarkan serangan di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu hingga mengorbankan lebih 27,000 rakyat Palestin manakala lebih 66,000 cedera.

    Serangan terbabit juga menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu telah rosak atau musnah, menurut PBB. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...