Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ketua Pegawai Eksekutif bank utama Nigeria maut dalam nahas helikopter

    CALIFORNIA, 11 FEB – Ketua Pegawai Eksekutif di salah sebuah bank terbesar Nigeria terkorban bersama isteri dan anak lelakinya baru-baru ini apabila helikopter yang mereka naiki terhempas berhampiran Interstate 15 di Gurun Mojave, California Selatan.

    Herbert Wigwe, ketua eksekutif Access Bank, adalah antara enam orang di dalamnya apabila helikopter itu terhempas sejurus selepas jam 10 malam. Kesemua enam orang terbunuh, termasuk dua juruterbang dan Bamofin Abimbola Ogunbanjo, bekas pengerusi NGX Group, bursa saham Nigeria.

    Kematian Wigwe, keluarganya dan Ogunbanjo disahkan kelmarin oleh Ngozi Okonjo-Iweala, bekas menteri kewangan Nigeria yang kini ketua pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia.

    “Amat sedih dengan berita pemergian Herbert Wigwe, isteri dan anak lelakinya serta Bimbo Ogunbanjo dalam nahas helikopter,” tulis Okonjo-Iweala dalam catatan di X. “Semoga rohnya dalam keadaan tenang.”

    Kematian Wigwe, 57, mengejutkan ramai pihak di Nigeria dan dalam sektor perbankan.

    Beliau dilihat secara meluas sebagai peneraju industri, telah terlibat dalam dua bank terbesar di negara ini, termasuk Guaranty Trust Bank, di mana beliau pernah menjadi pengarah eksekutif. Di bawah kepimpinan Wigwe, aset dan kehadiran Access Bank berkembang di luar sempadan di beberapa negara Afrika.

    Kematiannya adalah satu tamparan hebat bagi industri perbankan Nigeria dan Afrika, jurucakap presiden Nigeria, Bayo Onanuga menulis di X. “Wigwe mempunyai visi besar untuk menjadikan Access Holdings (syarikat induk) sebagai syarikat terbesar di Afrika, dengan semangat yang tidak terpadam untuk mengambil alih,” tambah Onanuga. – AP

    Michael Graham dari NTSB, yang sedang menyiasat nahas helikopter maut yang berlaku di Gurun Mojave California Selatan bercakap kepada media di Barstow, California pada 10 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...