Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lima ditahan selepas pegawai keselamatan awam maut

    MADRID, 11 FEB – Pengawal awam Sepanyol kelmarin mengumumkan lima tangkapan selepas bot pengedar dadah melanggar kapal peronda dan membunuh dua pegawai ketika aksi kejar-mengejar.

    Pengawal awam menahan tiga daripada penumpang bot itu berikutan kejadian baru-baru ini di pelabuhan selatan Barbate berhampiran Cadiz yang turut menyaksikan dua pegawai cedera.

    Dua lagi yang menaiki kenderaan untuk mengambil penumpang turut ditahan, kata pengawal sivil itu.

    AUGC, sebuah persatuan yang mewakili polis separa tentera dan media Sepanyol berkongsi video yang menunjukkan aksi kejar-mengejar pada waktu malam di pelabuhan yang melibatkan beberapa kapal.

    Seorang daripada dua pegawai yang cedera masih berada di hospital tetapi tidak dalam bahaya, tambah pengawal awam itu.

    Dalam satu catatan di X, Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata beliau sangat mengesali kematian itu.

    Laut Cadiz telah menyaksikan beberapa konfrontasi dan rampasan dadah besar oleh kastam dan polis.

    Sepanyol merupakan tempat transit utama untuk dadah yang tiba di Eropah dari Afrika Utara. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...