SRINAGAR, INDIA, 4 OKT – Ketua penjara di Kashmir ditemui terbunuh, kata pegawai hari ini, ketika menteri dalam negeri India tiba di rantau Himalaya untuk lawatan tiga hari.
Mayat Ketua Pengarah Penjara, Hemant Kumar Lohia mempunyai pelbagai kesan luka dan ditemui malam semalam di rumah kawannya di selatan bandar Jammu, kata polis.
Siasatan awal mencadangkan pembantu rumah Lohia berada di sebalik pembunuhan, beritahu pegawai kanan polis Mukesh Singh kepada wartawan. Beliau berkata suspek melarikan diri dari tempat kejadian dan menambah siasatan polis tidak mengenal pasti sebarang kaitan militan dalam pembunuhan itu.
Suspek telah ditahan polis hari ini untuk siasatan. – AP
