Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua Pentagon tiba di Korea Selatan

    SEOUL, 2 Feb – Setiausaha pertahanan AS James Mattis tiba di Korea Selatan hari ini dalam kunjungan pertamanya yang juga melibatkan Jepun, dua sekutu utama yang terjejas dengan dasar pemencilan Donald Trump selepas berkuasa.

    Ia adalah kunjungan luar negara pertama pegawai kanan Trump ketika kebimbangan meningkat mengenai arah dasar AS di rantau itu di bawah perlindungan dan semangat pemimpin AS.

    Semasa kempen, Trump mengancam menarik balik tentera AS dari dua buah negara jika mereka tidak meningkatkan bantuan kewangan. Sekitar 28,500 tentera AS berpangkalan di Korea Selatan dan 47,000 di Jepun.

    Retorik itu meningkatkan kebimbangan di Seoul dan Tokyo, dan dalam kenyataan kementerian pertahanan Korea Selatan minggu ini berkata ia berharap lawatan Mattis “satu peluang pentadbiran Trump untuk mengekal dan mengukuhkan komitmen AS” terhadap sekutu mereka.

    Seoul juga berharap Mattis akan menegaskan kembali komitmen AS untuk mempertahankannya dalam menghadapi ancaman dari Korea Utara yang memiliki senjata nuklear.

    Pemimpin Utara, Kim Jong-Un menyatakan bulan lalu bahawa negara itu berada dalam “peringkat terakhir” menghasilkan misil balistik antara benua.

    Dua sekutu itu tahun lepas mengumumkan penempatan sistem Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) berikutan beberapa siri ujian atom dan misil, yang membangkitkan kemarahan China yang ditakuti akan melemahkan keupayaan balistiknya sendiri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda