Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ketua polis disoal siasat insiden rempuhan Itaewon

    SEOUL, 2 DIS – Ketua polis Seoul dipanggil untuk disoal siasat pada hari ini sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan mengenai kejadian rempuhan maut di kejiranan Itaewon, Seoul.

    Ketua Agensi Polis Metropolitan Seoul, Kim Kwang Ho tiba di ibu pejabat pasukan penyiasat khas di barat Seoul, lapor agensi berita Yonhap.

    Kim didakwa atas tuduhan kecuaian profesional, mengakibatkan kematian 158 orang pada 29 Oktober. Ditanya mengenai pertuduhan yang dihadapi beliau setibanya di bangunan itu, Kim hanya berkata, “Saya sedia menjalani siasatan tanpa menyembunyikan atau menambah sebarang fakta.”

    Beliau adalah pegawai polis berpangkat tinggi yang dipanggil untuk disoal siasat selepas pasukan penyiasat itu mendapat waran menahan empat pegawai kanan pada Khamis. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...