Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keunikan jambatan Huangtengxia Tianmen

    Keindahan cahaya lampu berwarna-warni dari ketinggian 500 meter menjadikan jambatan kaca di bandar Qingyuan, wilayah Guangdong sebagai antara tarikan terbaik dunia.

    Huangtengxia Tianmen Sky Walk yang dibuka secara rasmi pada 5 Jun lalu mempunyai bentuk unik seperti raket badminton dan menelan kos pembinaan AS$268 juta.

    Namun, ada juga yang menggelarnya sebagai tandas gergasi kerana bentuknya selain air terjun buatan yang apabila dialirkan air, seperti ketika tandas dipam.

    Jambatan itu mempunyai laluan sepanjang 168 meter serta pelantar peninjau membolehkan pengunjung menikmati pemandangan menakjubkan lokasi ekopelancongan, Huangteng Gorge dan air terjun yang popular dengan aktiviti berkayak.

    Sebanyak 450 muncung pancuran air dan 2,000 lampu elektronik dipasang mengelilingi pelantar peninjau itu, sekali gus menjadikannya sebagai bulatan air terjun berirama terbesar dunia dengan bayaran masuk hanya 138 yuan.

    Akhir bulan lalu, jambatan kaca itu bertukar menjadi pentas peragaan acara pertunjukan fesyen pertama disertai puluhan model menggayakan koleksi pakaian terbaharu.

    Jambatan kaca Huangtengxia itu kini diberi taraf 4A dalam Kategori Rating Tarikan Pelancongan China iaitu sistem digunakan pihak berkuasa dalam menentukan kualiti sesebuah lokasi pelancongan.

    Ia diukur berdasarkan ciri keselamatan, kebersihan dan kemudahan pengangkutan disediakan.

    Lokasi ekopelancongan di kawasan itu menerima lebih sejuta pengunjung untuk menyertai aktiviti berkayak setiap tahun dan lebih 13,000 pelancong berkunjung ke situ setiap hari pada musim panas bermula Julai hingga Ogos, lapor Singa Guangdong. – Agensi

    Jambatan kaca Huangtengxia itu kini diberi taraf 4A dalam Kategori Rating Tarikan Pelancongan China iaitu sistem digunakan pihak berkuasa dalam menentukan kualiti sesebuah lokasi pelancongan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda