Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keuntungan Honda meningkat disebabkan potongan kos

    TOKYO, 3 Feb – Honda Motor yang berpangkalan di Tokyo melaporkan lompatan keuntungan 36 peratus bagi tempoh Oktober hingga Disember tahun lepas, mengetepikan kerosakan dari mata wang yen yang kukuh dan pembuat kereta Jepun itu menaikkan ramalan keuntungan tahunannya.

    Potongan kos mengangkat fiskal keuntungan suku ketiga kepada 168.8 bilion yen (AS$1.5 bilion), meningkat dari 124.1 bilion yen pada tahun sebelumnya. Juga membantu adalah ketiadaan perbelanjaan yang besar sebelum ini bagi menarikan semula beg udara pembekal Takata, yang telah menyebabkan keuntungan pada fiskal suku kedua.

    Jualan suku tahunan menurun tiga peratus kepada 3.5 trilion yen (AS$31 bilion) dari 3.6 trilion yen. Honda menyatakan jualan kenderaan begitu kukuh di China dan Amerika Syarikat disebabkan keluaran model-model baru.

    Honda yang mencipta kereta mini van Odyssey, robot seperti kanak-kanak Asimo dan motosikal Super Cub, meningkatkan ramalan fiskal keuntungan sepanjang tahun kepada 545 bilion yen (AS$4.8 bilion).

    Angka tersebut naik 58 peratus dari 344.5 bilion yen setahun lepas, apabila Honda dilanda oleh perbelanjaan bagi penarikan semula Takata. Honda sebelum ini menjangkakan keuntungan tahunan sebanyak 415 bilion yen (AS$3.6 bilion). Ia berkata kadar pertukaran mata wang yang lebih baik akan boleh membantu.

    Salah satu keluaran Honda Motor, Honda Civic generasi baru. – AFP
    Salah satu keluaran Honda Motor, Honda Civic generasi baru. – AFP

    Inflator-inflator yang rosak telah menyebabkan letupan pada beg-beg udara Takata, memuntahkan serpihan ke kompartmen penumpang dan menjadi penyebab terkorbannya sekurang-kurangnya 16 orang seluruh dunia.

    Ia telah menyebabkan penarikan semula kereta paling terbesar dalam sejarah di Amerika Syarikat, menjejaskan 69 juta inflator dan 42 juta kenderaan. Kira-kira 100 juta inflator telah ditarik balik di semula dunia.

    Hampir kesemua pembuat kereta utama dunia mempunyai model yang terjejas oleh penarikan balik Takata, namun Honda adalah dalam kalangan yang paling terdedah kerana ia mempunyai hubungan rapat dengan Takata. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda