Sunday, November 17, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keuntungan Nike menurun 28 peratus

    NEW YORK, 2 OKT – Nike melaporkan penurunan keuntungan hari ini berikutan pendapatan yang lemah, sambil memberi amaran bahawa pemulihan dari tempoh sukar akan mengambil masa di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu.

    Kewangan syarikat sukan itu menunjukkan penurunan jualan di setiap rantau operasi, dengan Ketua Pegawai Kewangan menyatakan jumlah pelanggan di kedai yang kurang memberangsangkan di China dan lebihan inventori di pasaran utama sebagai faktor yang menyumbang kepada prestasi lembap itu.

    Keadaan inventori ‘memerlukan kami melancarkan lebih banyak promosi,’ kata Ketua Pegawai Kewangan, Matthew Friend dalam persidangan bersama para penganalisis.

    Keuntungan sebanyak AS$1.1 bilion menurun 28 peratus dalam suku yang berakhir pada 31 Ogos berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Pendapatan Nike jatuh 10 peratus kepada AS$11.6 bilion, dengan jualan di Amerika Utara menurun 11 peratus dan di China merosot empat peratus.

    Pada 19 September, Nike mengumumkan bahawa Elliott Hill telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu, yang akan memulakan tugas pada 14 Oktober. – AFP

    Seorang wanita menggunakan telefon bimbitnya sambil berjalan melintasi logo Nike di dalam sebuah pusat membeli-belah di Beijing pada 2 Jun 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda