Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Keuntungan Samsung Electronics merosot 77.57%

    SEOUL, 31 OKT – Samsung Electronics Korea Selatan berkata hari ini keuntungan operasinya bagi tempoh Julai hingga September turun 77.57 peratus berbanding tahun sebelumnya, walaupun pengeluaran telefon pintar baharu meningkatkan pendapatan.

    Syarikat itu, yang merupakan salah satu pengeluar cip elektronik terbesar di dunia, mengumumkan keuntungan operasi suku ketiga sebanyak ‘2.4 trilion won (AS$1.7 bilion) berdasarkan jualan kukuh model utama dalam peranti mudah alih dan permintaan kukuh untuk paparan’.

    Keputusan itu sebahagian besarnya sejajar dengan ramalan Samsung sebelumnya mengenai kemerosotan 77.9 peratus dalam keuntungan.

    Walaupun turun mendadak daripada 2022, keuntungan suku ketiga syarikat itu jauh melebihi 640 bilion won pada suku pertama – terendah sejak 2009 – dan 670 bilion won pada suku kedua.

    Syarikat itu berkata keuntungan bersih turun 37.7 peratus tahun ke tahun kepada 5.8 trilion won – yang mewakili pemulihan daripada 1.7 trilion won pada suku kedua.

    Samsung ‘bercadang untuk mengembangkan aplikasi AI, menyediakan pengalaman hyper-connected yang disesuaikan melalui SmartThings dan teknologi selamat di kawasan baharu,” tambahnya. – AFP

    Seorang lelaki berjalan di depan kedai Samsung Gangnam di Seoul, Korea Selatan kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...