Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Khatam Al-Quran penutup tadarus KHEU

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Majlis Tadarus Rombongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang telah diadakan di beberapa buah masjid di negara ini bersempena bulan Ramadan telah berakhir dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Az-Zakireen, Meragang, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Rombongan tadarus kementerian berkenaan bertujuan bagi meningkatkan lagi hubungan silaturahim, kesepakatan dan ukhuwah yang sedia terjalin dalam kalangan warga KHEU dengan penduduk kampung, masyarakat serta umat Islam di negara ini.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat majlis,
    diikuti dengan tadabbur Al-Quran yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Pengajian Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Haji Mohd Azmi bin Haji Omar.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...