Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khatam Al-Quran raikan 52 pelajar SU Mulaut

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Seramai 52 pelajar dari Sekolah Ugama (SU) Mulaut diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di sekolah berkenaan,
    hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Guru Besar SU Mulaut, Awang Muhammad Amilin bin Haji Razak yang seterusnya turut menyampaikan sijil dan merenjis bungai rampai kepada para pelajar yang diraikan.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan diikuti dengan bacaan sayyidul istighfar beramai-ramai.

    Para pelajar SU Mulaut yang diraikan pada majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di sekolah berkenaan, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda