Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    KHEU bertahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Yusrin junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Seramai 200 orang warga Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari in, telah mengadakan majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Majlis yang merupakan sebahagian daripada kegiatan keagamaan KHEU itu dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, dan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohd Rosli bin Haji Ibrahim.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Tingkat I, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat yang diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin hadir pada majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja bersama warga KHEU.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...