Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Seramai 33 orang anak yatim warga Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menerima derma pada majlis yang berlangsung di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan KHEU, Jalan Dewan Majlis.
Penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.
Majlis penyampaian sumbangan berkenaan bertujuan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan, menanamkan nilai-nilai murni dalam kalangan kakitangan KHEU melalui
kerja-kerja amal dan amalan bersedekah serta melahirkan warga kementerian yang sentiasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.
