Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    KIA Sorento baharu tampil lebih agresif

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta Kia pagi ini telah mengadakan sesi pandu uji kereta Kia Sorento terbaharu yang diadakan di salah sebuah restoran di Kiulap.

    Versi facelift Kia Sorento 2024 untuk pasaran Negara Brunei Darussalam itu hadir dengan rupa hadapan yang diperbaharui sepenuhnya, tampil lebih agresif dengan lampu hadapan baharu yang memberikan kemasan yang lebih menarik, serta rekaan jeriji yang lebih lebar, menambah gah pada reka bentuknya.

    Lampu belakang yang bersambung juga memberikan sentuhan moden pada bahagian belakang kenderaan itu.

    Pada ruang dalaman pula terdapat perubahan pada susun atur papan pemuka yang memancarkan dinamik kecanggihan dan memberikan ruang yang lebih luas dalam kabin.

    Panel skrin melengkung dengan paparan berkembar 12.3 inci memberikan sentuhan teknologi yang lebih maju. Selain itu, sistem hiburan yang boleh dikemas kini dalam talian juga turut disokong.

    Versi facelift Kia Sorento memberikan kemasan yang lebih menarik.- GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Perubahan pada susun atur papan pemuka turut memberikan keselesaan semasa pemanduan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Kia Sorento 2024 turut ditingkatkan ciri keselamatannya. Perincian seperti cermin belakang digital, kunci digital dan beberapa ciri bantuan pemanduan seperti bantuan pengelakan pelanggaran hadapan, bantuan pengekalan lorong dan bantuan pemanduan lebuh raya turut ditawarkan.

    Dari segi prestasi, Kia Sorento 2024 menawarkan tiga pilihan iaitu 2WD trims-G, GL dan GLS. Kesemua dilengkapi dengan enjin 2.5 liter DOHC D-CVVT MPI dan enam kelajuan.

    Semasa sesi pandu uji, pihak media berpendapat bahawa barisan kenderaan Kia yang ditawarkan ketika ini bagi pasaran global, agak jelas dan dapat dilihat hala tujunya berbanding 10 tahun lalu.

    Kia merupakan sebuah jenama pengeluar kenderaan asal Korea Selatan yang telah melalui perubahan yang dapat dilihat dengan mudah oleh model-model yang dikeluarkan kebelakangan ini.

    Orang ramai yang ingin melihat dengan lebih dekat Kia Sorento terbaharu tersebut bolehlah datang mengunjungi bilik pameran Kia di Perindustrian Beribi.

    Sehubungan itu, Grand Motors Sdn Bhd juga akan mengadakan Majlis Pelancaran Kia Sorento yang akan berlangsung di bilik pamerannya pada Hari Jumaat akan datang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...