Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tingkat keupayaan mahasiswa dalam bidang audit syariah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) telah mengadakan Taklimat Kerjaya: Abyad Syariah Auditing Menyokong, Menjana Keupayaan, Peluang Kerjaya bagi Pelajar Universiti Islam.

    Program itu merupakan kolaborasi buat julung kalinya melibatkan OCeAN dan Abyad Syariah Auditing.

    Seramai 42 orang peserta terdiri daripada alumni, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA telah mengikuti taklimat yang diadakan di Bilik L1.3, UNISSA Gadong.

    Taklimat kerjaya itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Abyad Syariah Auditing, Haji Suhaili bin Haji Momin yang antara lain memberikan penjelasan mengenai kaedah pengauditan di samping mengenal pasti pelaburan yang mematuhi konsep syariah.

    Acara yang diadakan turut bertujuan menambah pengetahuan, kefahaman dan mengambil pengajaran daripada pengalaman pihak fasilitator mengenai audit syariah.

    Hasil taklimat itu nanti diharapkan dapat memberikan manfaat dan faedah kepada para alumni, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam menjalankan audit syariah.

    Suasana taklimat kerjaya yang diadakan di Bilik L1.3, UNISSA. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...