BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40, Tahun 2024 serta bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan, rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam diseru untuk sama-sama mengibarkan bendera di kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan serta pemasangan dan penyalaan lampu-lampu cucul di bangunan-bangunan kerajaan dan sektor swasta bermula 16 hingga 25 Februari.
Dalam hubungan itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, di sini, pengiran-pengiran akan mengibarkan bendera peribadi, orang-orang yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula akan mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/02/UBD-7-scaled.jpg)