Wednesday, February 12, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    KISS OF LIFE temui peminat di KL 13 April

    Kumpulan K-pop yang meningkat naik, KISS OF LIFE bakal menemui peminat di Malaysia menerusi 2025 KISS OF LIFE First World Tour (KISS ROAD) in Kuala Lumpur di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 13 April depan.

    Penganjurnya TopGallant Show dalam kenyataan hari ini berkata konsert itu menjanjikan satu malam penuh muzik, persembahan dan interaksi yang tidak akan dilupakan.

    “Sejak debut pada 2023, ahli kumpulan yang terdiri daripada Belle, Natty, Julie dan Haneul ini telah memukau peminat di seluruh dunia,” menurut kenyataan itu.

    Populariti kumpulan itu melonjak menerusi lagu Sticky yang mendapat perhatian seluruh dunia dan menduduki carta iTunes di banyak negara, berada dalam 10 Teratas Billboard World Digital Song Sales Chart serta di tempat ke-87 dalam Billboard 200 bagi pencapaian hebat untuk kumpulan K-pop.

    Setelah berjaya dengan jelajah 35 persembahan di Korea Selatan, Amerika Utara dan Eropah, KISS OF LIFE kini bersedia menghiburkan peminat di Asia melalui KISS ROAD 2025. – Bernama

    KISS OF LIFE bakal menemui peminat di Kuala Lumpur, Malaysia. – Kpopping
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda