Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kitaran ke-5 BIBD Aspirasi dilancarkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah melancarkan kitaran ke-5 BIBD Aspirasi, produk sijil deposit yang bertujuan memupuk disiplin simpanan tetap dan memberi ganjaran kepada pelanggan dengan hadiah wang tunai.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD lebih 400 orang lagi pemenang akan menerima ganjaran wang tunai berjumlah $870,000 sepanjang tahun akan datang.

    Sebagai respons kepada kejayaan Aspirasi 4, BIBD telah meningkatkan jumlah deposit maksimum kepada $450,000 sambil mengekalkan deposit minimum yang rendah sebanyak $50, membolehkan semua orang menyimpan dan menjadi sebahagian daripada program ganjaran tersebut.

    BIBD Aspirasi telah menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan sejak ia mula dilancarkan, mencatatkan kadar pertumbuhan purata sebanyak 88 peratus sepanjang tahun.

    Kitaran terbaharu BIBD Aspirasi itu mengongsikan kisah wira-wira tempatan yang memberi inspirasi, khususnya Awang Muhammad Iqbal Fakri bin Haji Damit, seorang advokat belia dan ketua komuniti yang baru-baru ini diumumkan sebagai penerima ASEAN Prize 2022. Kisah inspirasi dan aspirasi beliau untuk membantu orang lain menggambarkan inti pati BIBD Aspirasi, dan menyeru semua orang untuk memainkan peranan mereka dalam membuat perubahan, sama ada besar atau kecil.

    Orang ramai akan dapat mengikuti perjalanan aspirasi Awang Muhammad Iqbal Fakhri sepanjang perjalanan Aspirasi 5.

    Ketua Kejuruteraan Produk di Kumpulan Perbankan Runcit BIBD, Lim Pea Chia menjelaskan, bahawa Aspirasi 5 terus memberikan kesan berganda yang memberi ganjaran kepada pelanggan yang mengekalkan simpanan mereka untuk tempoh yang lebih lama.

    Simpanan yang dikekalkan antara 181 hingga 270 hari akan layak menggandakan bilangan penyertaan, manakala deposit yang dikekalkan selama 271 hari dan lebih akan layak mendapatkan tiga kali ganda bilangan penyertaan, jelas beliau semasa sidang media di Ibu Pejabat BIBD, di ibu negara, hari ini.

    Dalam tempoh 12 bulan akan datang, Aspirasi 5 akan memberi ganjaran kepada 35 pemenang bulanan dengan ganjaran $1,000 setiap seorang (420 pemenang bulanan dalam tempoh 12 bulan), lima pemenang suku tahunan yang akan menerima $10,000 setiap seorang (20 pemenang suku tahunan melebihi empat suku) dan seorang pemenang hadiah utama berupa wang tunai $250,000.

    Untuk melayakkan diri mengikuti program ganjaran tersebut, deposit mesti disimpan selama sekurang-kurangnya 90 hari dengan deposit minimum sebanyak $50 sepanjang tempoh program.

    Lim Pea Chia dan Awang Muhammad Iqbal Fakri semasa sidang media pelancaran BIBD Aspirasi kitaran ke-5, kelmarin.

    Lim Pea Chia dan Muhammad Iqbal Fakhri semasa sidang media Aspirasi 5 BIBD.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda