Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Klinik Pesakit Luar ditukar nama

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Penukaran Nama Klinik Pesakit Luar dan Perasmian Taman Terapeutik kepada Klinik dan Taman Terapeutik As-Syafii di Jabatan Perkhidmatan Psikiatri, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, pada hari ini.

    Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan penukaran nama klinik dan perasmian taman berkenaan, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Terdahulu majlis perasmian itu, Ketua Jabatan Perkhidmatan Psikiatri, Pengiran Dr. Fariza Suryani binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani dalam ucapan alu-aluan antara lain mengongsikan sejarah, perkembangan dan pencapaian Jabatan Perkhimdatan Psikiatri sejak ia mula ditubuhkan sehingga kini.

    Katanya lagi, “Jabatan ini telah menjalani pelbagai pembangunan dan perkembangan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan, di mana perkhidmatan yang disediakan sekarang meliputi rawatan untuk golongan kanak-kanak dan remaja, orang dewasa dan warga emas, melalui penjagaan wad dalaman, klinik pesakit luar, lawatan ke rumah dan program rehabilitasi.”

    “Di samping itu, beberapa anak tempatan juga telah pulang dari latihan kepakaran mereka dan mula berkhidmat dalam jurusan kejururawatan dan perubatan kesihatan mental,” tambahnya.

    Beliau turut menegaskan betapa pentingnya usaha-usaha memerangi stigma yang termasuk perasaan malu yang dialami oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental serta perasaan negatif masyarakat terhadap mereka.

    Yang Berhormat Dato Dr. Haji Mohammad Isham melihat lebih dekat Klinik pesakit luar Psikiatri.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...