Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Klinsmann gesa China bebaskan Son Jun-ho

    SEOUL, 23 NOV – Jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menggesa kerajaan China agar membebaskan pemain tengah Piala Dunia, Son Jun-ho menjelang sambutan Hari Krismas.

    Kementerian luar Beijing berkata pada Mei bahawa pemain berusia 31 tahun itu telah ditahan ‘kerana disyaki menerima rasuah oleh pekerja bukan kerajaan’, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Media Korea Selatan melaporkan bahawa Son ditahan di wilayah timur laut Liaoning tetapi tidak ada berita mengenai nasibnya sejak itu.

    Son telah bersama kelab Liga Super China, Shandong Taishan sejak 2021 dan bermain dalam tiga daripada empat perlawanan negaranya pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

    “Sekarang kami hanya mempunyai satu harapan untuk Krismas,” kata Klinsmann kepada wartawan selepas kemenangan kelayakan Piala Dunia 3-0 di China Selasa lalu.

    “Iaitu melepaskan Son Jun-ho kerana sehingga hari ini, mereka tidak membuktikan kesalahan yang dilakukannya.

    “Jadi kami berharap kerajaan China akan membebaskannya, mudah-mudahan sebelum Krismas, agar dia dapat bersama keluarganya,” tambah Klinsmann.

    Sebagai tanda sokongan, Klinsmann menyertakan Son dalam skuadnya untuk dua perlawanan persahabatan pada bulan Jun walaupun dia ditahan.

    Persatuan Bola Sepak Korea memberitahu AFP ketika itu bahawa ia telah menghantar pegawai ke China untuk mendapatkan pembebasan Son, tetapi peguam pemain itu ‘enggan’ untuk bercakap dengan mereka. – AFP

    Aksi Son Jun-ho (kanan) semasa perlawanan bola sepak Kumpulan H Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Education City di Al-Rayyan, barat Doha pada November 24, 2022. – AFP

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...