NEWCASTLE, 2 Okt – Jurgen Klopp menilai kegagalan terbaru Liverpool untuk menang dalam perlawanan Liga Perdana selepas seri 1-1 di Newcastle United sebagai: “Bola sepak tidak adil.”
Pengurus Liverpool itu sukar menerima pasukan pelawat itu hanya meraih satu mata hasil jaringan Philippe Coutinho selepas mendominasi perlawanan.
“Saya fikir kami adalah pasukan yang lebih bagus dan mencipta banyak peluang. Saya fikir kami seharusnya menang,” kata Klopp selepas keputusan seri itu meletakkan Liverpool tujuh mata di belakang pendahulu Manchester City dan Manchester United.
Kemenangan mungkin melonjakkan mereka ke kedudukan empat teratas, tetapi mereka menerima padah kerana gagal memanfaatkan peluang lain.
Namun Klopp tetap yakin bahawa Reds sudah bersedia bagi menangani cabaran untuk berada di puncak liga.
“Saya tidak dapat bercakap mengenai bola sepak kami dan jurang antara kami dan pasukan lain. Kami mempunyai detik sukar kami dan pasukan lain juga akan mengalaminya,” katanya.
“Saya benar-benar rasakan bahawa kami tidak jauh dari cabaran sebenar,” tambahnya.
“Jika kami lakukan perkara yang kami bagus, kemudian kami boleh menjaringkan lebih banyak gol dan akan memenangi lebih banyak perlawanan.” – AFP