Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klopp risaukan Liverpool

    LIVERPOOL, 30 OKT – Jurgen Klopp mengakui Liverpool meletakkan bola sepak Liga Juara-Juara musim depan dalam risiko berikutan permulaan buruk selepas Leeds melakukan kejutan di Anfield menerusi kemenangan 2-1 kelmarin.

    Gol Crysencio Summerville pada minit ke-89 memberikan skuad Reds kekalahan liga pertama di laman sendiri sejak April 2017.

    Liverpool kini tewas dua kali dalam 12 aksi pertama liga musim ini.

    Skuad kendalian Klopp kini 13 mata di belakang Manchester City yang menghuni tangga teratas liga dan lapan mata ketinggalan di belakang empat pasukan utama.

    “Kami tidak boleh layak ke Liga Juara-Juara jika awda bermain tidak konsisten seperti yang kami lakukan ketika ini,” kata Klopp.

    “Kami perlu perbaikinya dan kemudian semuanya boleh dilakukan.”

    Buat kali kedua dalam seminggu, Liverpool ditewaskan oleh pasukan yang memulakan aksi di zon penyingkiran.

    Klopp sekali lagi menyalahkan pasukannya yang bergelut musim ini kerana kecederaan dan jadual padat bagi memberi laluan untuk Piala Dunia.

    “Situasinya seperti ini. Tiada alasan tetapi kami ada masalah sejak hari pertama kerana kecederaan atau pemain yang hanya separuh cergas. Sebahagiannya bermain terlalu kerap, yang lain bermain terlalu awal (selepas cedera).

    “Kini bukanlah masa untuk menukarnya, tetapi awda perlu bertarung untuk melepasinya, untuk mendapatkan rentak dan keyakinan.” – AFP

    Aksi Jack Harrison (kanan) bersaing dengan Darwin Nunez dalam perlawanan antara Liverpool dan Leeds United di Anfield, Liverpool, England. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda