Saturday, February 8, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Knapp raih gelaran PGA sulung

    MEXICO CITY, 26 FEB – Pemain rookie Amerika Syarikat (AS), Jake Knapp meraih kejuaraan Jelajah PGA pertamanya dalam permulaan siri kesembilannya, mengalahkan pemain Finland, Sami Valimaki di sembilan lubang terakhir kelmarin untuk memenangi Terbuka Mexico.

    Bekas pengawal kelab malam berusia 29 tahun dari California itu mensia-siakan kelebihan empat pukulan di sembilan lubang pertama tetapi berjaya menang di sembilan lubang belakang di Vidanta, Puerto Vallarta.

    Knapp hanya mengenai dua fairways dalam melakukan 71 pukulan sama par pada pusingan akhir untuk menamatkan 72 lubang dengan 19-bawah 265 dan menewaskan Valimaki dengan dua pukulan selepas pemain Finland itu membuat 69 pukulan pada pusingan penutup.

    “Tidak semestinya saya mempunyai permainan terbaik hari ini, itu sudah pasti,” kata Knapp. “Saya tahu keadaan akan menjadi tertekan. Saya tahu ia akan menjadi sukar.

    “Memang bagus kalau saya boleh memukul bola dengan lebih baik dan lebih jauh, tetapi saya amat bersemangat dengan cara saya bermain pada pusingan akhir. ​​Hanya berusaha keras.” Valimaki, yang hanya mencatat permulaan PGA ke-11, gagal menjadi pemain Finland pertama merangkul gelaran PGA.

    CT Pan dari Taiwan, Stephan Jaeger dari Jerman dan Justin Lower dari AS berkongsi tempat ketiga dengan 270 pukulan di mana pemain AS yang lain, Patrick Rodgers dan Robert MacIntyre dari Scotland, ketinggalan satu pukulan.

    Knapp, yang berada di tangga ke-101, menjadi rookie ketiga yang menang musim ini, menyamai jumlah keseluruhan musim lalu. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda