Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Knocker rig sesuai di kawasan takat

    Oleh Raz AS –

    Kadang-kadang lebih ringkas adalah lebih baik. Kita sudah biasa ‘terpengaruh’ dengan ideologi bahawa ikan akan takut-takut menyambar umpan apabila ternampak peralatan terminal, batu ladung perlu jauh daripada umpan agar sang ikan tidak terasa beban ketika memakannya, yang mana mengikut idea dan logiknya ikan akan cepat-cepat memuntahkan umpan sebaik terasa beban tersebut kerana ia tidak bersifat natural.

    Oleh yang demikian, kebanyakan pemancing suka menyambungkan tali perambut panjang antara mata kail dengan batu ladung, daripada panjang dua kaki hinggalah panjang satu depa atau lebih.

    Perambut panjang ini memberikan masa kepada ikan untuk menyambar umpan, memakannya atau mematuk-matuk, sehinggalah mata kail ditelan dan tertancap sebelum ia terasa beban tersebut.

    Namun sejauh mana idea dan logik ini dapat diguna pakai?

    Kebanyakan spesies ikan sasaran pemancing yang menghuni dan mencari makan di bahagian dasar menjadikan kawasan takat dan berstruktur sebagai tempat persembunyian mereka daripada pemangsa.

    Senang dan efektif, dua perkataan yang boleh digunakan untuk menggambarkan knocker rig. – GAMBAR OLEH ANDY HAGEDON
    Penggunaan tali perambut yang panjang di mana umpan bebas berenang atau dihanyutkan boleh mengundang musibah tali tersangkut. Di sinilah penggunaan knocker rig dianggap sebagai game changer. – GAMBAR OLEH DAVID BROWN

    Ikan-ikan ini juga menjadikan tempat-tempat tersebut sebagai tempat untuk menyerang hendap mangsanya.

    Ikan-ikan berkenaan jarang merayau jauh dari habitatnya. Oleh yang demikian, pemancing perlu mempersembahkan umpan mereka sedekat mungkin dengan takat dan struktur tersebut demi memikat sang ikan keluar daripada persembunyian mereka.

    Dalam hal ini, penggunaan tali perambut yang panjang di mana umpan bebas berenang atau dihanyutkan boleh mengundang musibah tali tersangkut. Di sinilah penggunaan knocker rig dianggap sebagai game changer.

    Senang dan efektif, dua perkataan yang boleh digunakan untuk menggambarkan knocker rig.

    Hanya berbekalkan tali perambut tebal sama ada daripada jenis mono atau fluoro, disambung ke tali utama dan mata kail dengan egg sinker berlubang yang bebas bergerak hingga ke mata kail.

    Batu ladung tersebut perlulah cukup berat agar tidak bergerak hanyut oleh arus dan sentiasa mencecah dasar.

    Setelah umpan dilabuh dan mencecah dasar, tali digulung cukup sehingga pemancing dapat merasa batu ladung.

    Pemancing perlu sentiasa terasa batu ladung tersebut di hujung joran, ini bermakna apabila perahu naik dilambung ombak hujung joran perlu diturunkan, dan diangkat apabila perahu turun.

    Ini bukan sahaja membolehkan risiko tali sangkut dikurangkan bahkan pemancing juga dapat memberikan reaksi dengan cepat sebaik terasa sebarang aktiviti ikan di hujung tali.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...