Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Koleksi ‘almari kapsul’ sokong peniaga PKS

    KUALA LUMPUR, 29 MEI – Shopee bekerjasama dengan pelbagai peniaga kecil dan sederhana (PKS) fesyen Muslimah untuk mencipta koleksi ‘almari kapsul’ yang diperibadikan menjelang bulan depan untuk menyokong penjual tempatan selain meningkatkan keyakinan wanita di seluruh negara.

    Menurut Shopee dalam kenyataan hari ini, kempen 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul baharu menawarkan kepelbagaian bergaya di bawah RM40 buat golongan wanita dari apa jua latar belakang.

    “Menurut kajian terhadap pembeli fesyen Muslimah berumur 35 hingga 44 tahun, tujuh daripada 10 Muslimah yang tinggal di kawasan luar bandar mengutamakan keselesaan.

    “Apabila ditanya bagaimana mereka memilih pakaian, separuh daripada mereka ‘add to cart’ pakaian yang memberi keyakinan.

    Dua pertiga yang ditinjau pula mencari pakaian baharu yang bersesuaian dengan majlis atau untuk menggantikan pakaian yang telah lusuh,” katanya.

    Gambar Freepik

    Menurut Shopee, pihaknya telah memperkuatkan infrastruktur kualiti perkhidmatan platform sepanjang tahun lepas dan ini memenuhi kehendak penting pembeli fesyen Muslimah yang mahu membeli-belah tanpa rasa risau.

    Pelancaran program Jaminan Tepat Waktu Shopee menawarkan pilihan penghantaran fleksibel seperti penghantaran hari esok, penghantaran segera dan pengambilan sendiri di pusat pengambilan sendiri Shopee.

    Shopee turut mengembangkan program pemulangan semula dengan pengenalan ‘15 Hari Pemulangan Percuma – Tanpa Soal’.

    Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia, Tan Ming Kit berkata Shopee menyaksikan evolusi dinamik trend fesyen Muslimah di Shopee Live berikutan penjual tempatan menyesuaikan penawaran mereka dengan komuniti tempatan secara hiperlokal. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...