Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kompleks Mahkamah terima ancaman bom

    KUALA TERENGGANU, 18 Jan – Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu hari ini digemparkan dengan ancaman bungkusan menyerupai bom yang diletakkan di hadapan pagar kompleks berkenaan.

    Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata pihaknya menerima laporan daripada petugas keselamatan di kompleks itu pada 7:30 pagi dengan memaklumkan menemukan bungkusan itu pada 6:45 pagi.

    “Hasil laporan, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.

    “Pemeriksaan di lokasi menemukan sebuah bungkusan bewarna putih dibalut menggunakan kertas A4 dengan di dalamnya berisi bateri. Kita percaya ada cebisan lampu suluh dalam bungkusan itu,” katanya ketika dihubungi.

    Anggota polis memeriksa bungkusan menyerupai bom yang diletakkan di hadapan pagar Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu. – Bernama

    Beliau berkata pihaknya telah mengambil tindakan memusnahkan bahan berkenaan yang dipercayai diletakkan di lokasi itu pada malam tadi dan didapati tidak mempunyai sebarang unsur letupan.

    Mazli berkata barang kes dihantar ke Unit Forensik IPK Terengganu untuk penilaian lanjut dan pihaknya telah membuat pemeriksaan menyeluruh di kawasan kompleks berkenaan.

    “Didapati tiada sebarang unsur yang boleh mengancam keselamatan di lokasi, namun kita akan membuat rondaan dan pemantauan di sana sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.
    Beliau berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...