KOTA KINABALU, 1 APRIL – Komuniti maritim di Sabah dan Labuan sehingga kini patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan telah memberikan kerjasama dalam mengurangkan pergerakan dan aktiviti mereka di laut.
Pengarah Agensi Penguat-kuasa Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, pematuhan komuniti maritim itu dapat disaksikan melalui tinjauan udara, di perairan Sabah dan Labuan hari ini.
“Kita cuma melihat bot -bot nelayan kecil di pesisir pantai sahaja yang keluar untuk mencari hasil laut, bagi menampung keperluan harian mereka. Pusat pelancongan di pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu juga kelihatan lengang, tidak berlaku sebarang aktiviti sukan air dan riadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – Bernama