Wednesday, May 7, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konferensi bincang penolakan ekstremisme

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 DIS – Dua orang pegawai dari Negara Brunei Darussalam telah menyertai Konferensi Islam ASEAN ke-2 yang diadakan di Hotel Hilton Bali, Indonesia dari 21 hingga 23 Disember.

    Para peserta berkenaan terdiri daripada dua pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama, Awang Muhammad Yussof bin Abdul Majid, dan Pegawai Ugama, Pusat Dakwah Islamiah, Awang Mohammad Nasyith bin Superi, yang membentangkan kertas kerja mereka dalam bidang ideologi ekstremisme dari sudut kefahaman dan akidah secara umum dalam beragama.

    Konferensi berkenaan membawa tema ‘khairu Ummah (Umat Terbaik)’ dan antara agenda yang dimuatkan termasuklah moderasi beragama dan penolakan terhadap ekstremisme.

    Selain itu, konferensi berkenaan juga disertai oleh lebih kurang 140 orang peserta yang dirasmikan oleh Naib Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Ma’ruf Amin.

    Konferensi berkenaan merupakan anjuran bersama antara Kementerian Agama Republik Indonesia dan Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Kaunseling Arab Saudi dengan tujuan bagi mengeratkan hubungan dan dakwah terutama dalam kalangan negara-negara di rantau ASEAN.

    Wakil dari Negara Brunei Darussalam semasa menghadiri konferensi itu. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda