Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konjunktivitis: Malawi larang penduduk bersalaman

    LILONGWE, 1 MAC – Kementerian Kesihatan Malawi kelmarin mengarahkan orang ramai untuk berhenti bersalaman bagi mengelak penularan konjunktivitis.

    Perintah itu dikeluarkan selepas Malawi mencatatkan lebih 370 kes penyakit berkenaan sejak Januari, lapor Xinhua.

    Menteri Kesihatan, Khumbize Kandodo Chiponda berkata wabak itu yang kali pertama dilaporkan di daerah sempadan utara Karonga kini telah merebak ke daerah lain.

    Menurut beliau, penyakit itu yang lebih dikenali sebagai mata merah jambu mudah merebak kerana orang ramai kurang menitikberatkan kebersihan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda