Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert jelajah JLo dibatalkan

    Penyanyi Jennifer Lopez membatalkan konsert jelajah This Is Me… Live yang sepatutnya dijadualkan berlangsung bermula 26 Jun ini.

    Menurut mStar, wakil penganjur konsert tersebut menjelaskan bahawa Jennifer, 54, mengambil keputusan membatalkan konsert jelajah Amerika Syarikat itu kerana mahu berehat bersama keluarga dan kenalan rapatnya.

    Susulan itu, Jennifer atau JLo memohon maaf kepada semua peminat yang sudah pun membeli tiket menghadiri konsert tersebut.

    “Jennifer mengambil cuti untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

    “Tidak mudah bagi dia membuat keputusan itu dan dia memohon maaf kerana membatalkan konsert tersebut,” kata wakil penganjur.

    Dalam pada itu, Jennifer dalam satu kenyataan pula meminta peminat memahami keadaannya kerana terpaksa membatalkan konsert.

    “Saya turut rasa sedih kerana mengecewakan awda, tapi saya harap semua faham keputusan ini tidak akan saya buat jika saya tidak rasakan ia perlu,” jelasnya.

    Bagaimanapun, ramai merasakan alasan pembatalan konsert itu kerana Jennifer mahu bersama keluarga adalah tidak logik.

    Sebaliknya, penjualan tiket yang rendah membuatkan pihak penganjur membatalkan keseluruhan konsert jelajah Jennifer. – Agensi

    Pihak penganjur menafikan tiket konsert JLo tidak laku. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda