Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Konsert Sid Sriram bakal diadakan bulan depan

    KUALA LUMPUR, 22 OKT – Penyanyi latar India, Sidharth Sriram, yang lebih dikenali sebagai Sid Sriram akan memukau penonton sekali lagi di Malaysia pada November ini dengan mempersembahkan trek dari album sulungnya yang baharu sahaja dikeluarkan, Sidharth.

    Dipersembahkan oleh Good Vibes Presents dengan kerjasama Pinkfish Live, konsert bertajuk Sid Sriram Presents Sidharth itu dijadualkan berlangsung di Jiospace, Lot 1, Jalan 19/1b, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor, pada 8 malam 29 November.

    Sidharth yang dikeluarkan di bawah naungan Def Jam Recordings pada akhir Ogos, adalah projek yang bergelut dengan identiti, ditampilkan melalui nyanyian emosional Sid Sriram dan produksi inovatif.

    Album itu menampilkan genre seperti Rhythm and Blues (R&B), rock indie dan Pop Amerika, yang mempengaruhi kehidupan beliau sebagai seorang migran di Fremont, California, Amerika Syarikat pada tahun 1990an dan sekitar tahun 2000.

    Menurut kenyataan yang disediakan kepada Bernama oleh Good Vibes Presents dan Pinkfish Live, proses penghasilan album itu merupakan satu yang lain daripada karya terdahulu Sid Sriram, dengan pembaharuan ketara adalah penyampaian nyanyiannya dalam bahasa Inggeris.

    “Malaysia akan menjadi antara destinasi awal untuk The Sidharth World Tour, yang akan meliputi persembahan di seluruh Asia, Amerika Utara, UK dan Eropah,” katanya. 

    Konsert-konsert Sid Sriram telah mendapat pujian kerana kualiti yang luar biasa, dengan persembahan terbaharu di venue seperti Wembley Arena di London, The Roxy Theatre di Los Angeles dan jelajah AS baru-baru ini yang  menyokong Bon Iver.

    Konsertnya yang habis terjual di Axiata Arena, Bukit Jalil, awal bulan ini bukan sahaja satu persembahan yang menakjubkan tetapi juga bukti kepada bakat vokal penyanyi yang mengagumkan itu. – Bernama

    Sid Sriram akan mempersembahkan trek dari album sulungnya yang baharu sahaja dikeluarkan, di Malaysia pada akhir November. – Rolling Stone India

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...