Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Kontak rapat perlu jalani ujian ART

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Orang ramai yang positif COVID-19 dan mempunyai kontak rapat atau yang terdiri dalam kalangan contact tracing dikehendaki untuk menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing seperti membuat ujian pantas antigen (ART) terlebih dahulu untuk memastikan tidak dijangkiti dan apa sahaja prosedur operasi standard (SOP) yang selayaknya.

    Perkara berkenaan ditegaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa mengulas pengesanan jangkitan contact tracing ketika negara mula mengurangkan penggunaan imbas aplikasi BruHealth di premis-premis kerajaan, swasta dan lingkungan awam semasa sidang media, petang tadi.

    “Menyaksikan jumlah jangkitan positif di negara ini secara keseluruhannya lebih 150,000 iaitu satu daripada tiga orang sahaja mengalami jangkitan berkenaan maka melakukan contact tracing seperti musim penularan pada sebelumnya tidak lagi efektif diaplikasikan pada masa ini,” ujarnya sambil menekankan bahawa masing-masing perlu mengetahui mereka sebagai kontak rapat dikehendaki melakukan ujian ART.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...