Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kontena diarah roboh, ceroboh tanah perkuburan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Sebuah perusahaan penyimpanan barang binaan serta tambahan kemajuan dalam bentuk kontena bagi rumah pekerja asing yang terletak di Kampung Jangsak, Mukim Kilanas telah diarah untuk menghentikan aktivitinya, memindah, membersihkan dan merobohkan kemajuannya kerana telah melanggar Bab 23(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa, Penggal 248 iaitu menjalankan kegiatan perusahaan dan membina tambahan bangunan tanpa kebenaran perancangan.

     

    Gambar sebelum dan selepas diarah dirobohkan. – Gambar serahan TCP

    Menurut kenyataan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan, kegiatan penyimpanan barang itu dijalankan di atas tanah kediaman yang tidak sesuai untuk tujuan penyimpanan.

    Tambahan yang digunakan sebagai penyimpanan bahan binaan dan rumah pekerja asing ini melibatkan garis bangunan dan telah mencerobohi tanah gazet Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi tanah perkuburan.

    Selepas pemantauan dan pemeriksaan rutin dilakukan, didapati pemilik telah mematuhi arahan pihak berkuasa dengan menghentikan aktiviti, merobohkan tambahan bangunan dan membersihkan kawasan tersebut.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai diperingatkan untuk mematuhi undang-undang perancangan khususnya Bab 23 TCPA yang memperuntukkan tiada seorang pun boleh melaksanakan pemajuan atas tanah, memecah atau menyatukan mana-mana tanah atau melaksanakan apa-apa kerja di dalam suatu kawasan pemuliharaan tanpa kebenaran perancangan.

    Gambar sebelum dan selepas diarah dirobohkan. – Gambar serahan TCP

    Kegagalan dalam mematuhi boleh dikenakan denda sepertimana di dalam Bab 23 (6) iaitu denda tidak melebihi $200,000 dan dalam hal kesalahan yang berterusan dikenakan suatu denda tambahan tidak melebihi $10,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

    Bagi sebarang aduan dan khidmat nasihat perancangan orang ramai bolehlah menghubungi talian hotline Jabatan Perancang Bandar dan Desa di 8200222 atau e-mel tcp.aduan@tcp.gov.bn.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...