Sunday, March 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Koperasi perlukan penglibatan lebih ramai belia

    KOTA KINABALU, 28 JULAI – Usaha perlu ditingkatkan untuk menggalakkan penglibatan lebih ramai belia dalam gerakan koperasi di negara ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

    Beliau berkata gerakan koperasi merupakan antara platform terbaik golongan belia mengukuhkan kerjasama sesama belia dalam bidang keusahawanan dan koperasi.

    Katanya setakat Disember tahun lepas daripada lebih 15,000 koperasi berdaftar di Malaysia, hanya 207 koperasi melibatkan golongan belia dengan keanggotaan seramai 99,954 orang dan perolehan sebanyak RM26.60 juta. “Berdasarkan statistik itu, masih banyak ruang boleh diperkasa dan dilipatgandakan bagi meningkatkan penglibatan belia dalam koperasi.

    “Ini memerlukan kerjasama semua pihak terutamannya antara kerajaan dan kalangan belia serta penglibatan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya menerusi kenyataan sempena Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik hari ini.

    Sabah buat julung kalinya dipilih menjadi tuan rumah sidang tiga hari itu berakhir pada Ahad ini (30 Julai) yang dihadiri 186 peserta dari 19 negara. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda