Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Korban banjir di Sumatera meningkat 57

    JAKARTA, 14 APRIL – Jumlah korban banjir kilat dan aliran lahar sejuk dari gunung berapi di barat Indonesia meningkat kepada 57 orang manakala 22 orang masih hilang kata seorang pegawai kanan agensi bencana tempatan, petang tadi.
     
    “Pihak penyelamat menemui beberapa mayat hari ini, menjadikan jumlah kematian kepada 57. Setakat ini, 22 orang yang dilaporkan hilang akan menjadi sasaran operasi mencari dan menyelamat,” ketua unit pemulihan dan pembinaan semula agensi pengurusan bencana dan mitigasi Barat, wilayah Sumatera, Ilham Wahab memberitahu Xinhua.
     
    Pegawai itu berkata, pasukan penyelamat akan memberi tumpuan kepada muara sungai kerana beberapa mayat sudah ditemui di kawasan berkenaan.
     
    Di darat, tumpuan adalah tempat di mana mangsa disyaki tertimbus lahar sejuk, tambahnya.
     
    Pakar akan dilibatkan untuk mempertimbangkan sama ada perlu dilakukan pemindahan penduduk yang tinggal di kawasan berbahaya, seperti di tepi sungai yang hulunya berada di lereng gunung berapi Marapi dan Singgalang, yang terus meletus dan mengeluarkan bahan-bahan volkanik, tambahnya.
     
    Menurut Leftenan Jeneral Suharyanto, ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, bencana alam itu menyebabkan lebih 3,000 orang terpaksa melarikan diri dan berlindung di kawasan yang lebih selamat.
     
    “Membaiki jalan yang rosak adalah antara keutamaan dalam usaha bantuan,” katanya dalam pesanan ringkas sambil menambah keperluan asas penduduk yang terjejas banjir akan dipenuhi.
     
    Hujan lebat pada malam Sabtu menyebabkan air sungai melimpahi tebing, sekali gus menjejaskan Kabupaten Agam, Tanah Datar Pariaman dan Pekan Padang Panjang. – Xinhua
    Jentera berat membersihkan lumpur dan serpihan dari tempat kejadian berikutan banjir kilat di Tanah Datar, Sumatera Barat, pada 13 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...