Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Putin akan temui Xi minggu ini

    BEIJING, 14 MEI – Presiden Rusia, Vladimir Putin akan mengadakan kunjungan ke China minggu ini dan bertemu dengan pemimpin Xi Jinping, kedua-dua negara mengumumkan hari ini.

    Putin akan berada di Beijing pada Khamis hingga Jumaat, jurucakap kementerian luar, Hua Chunying berkata dalam satu kenyataan, lawatan pertama pemimpin Rusia itu ke luar negara sejak pemilihan semula Mac lalu dan kali kedua dalam tempoh enam bulan ke China.

    “Presiden Xi Jinping akan bertukar-tukar pandangan dengan Presiden Putin mengenai hubungan dua hala, kerjasama dalam pelbagai bidang dan isu-isu antarabangsa dan serantau kepentingan bersama,” kata jurucakap kementerian luar, Wang Wenbin, semasa taklimat.

    Kremlin berkata kedua-dua pemimpin akan membincangkan ‘perkongsian komprehensif dan kerjasama strategik’ mereka serta ‘mendefinisikan bidang utama pembangunan kerjasama Rusia-China dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu antarabangsa dan serantau’.

    Kedua-dua pemimpin itu juga akan menandatangani deklarasi bersama berikutan rundingan itu, kata Kremlin dan menghadiri majlis sebelah malam penanda 75 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

    Putin akan bertemu dengan Perdana Menteri Li Qiang, selaku pegawai nombor dua China dan melawat ke bandar timur laut Harbin untuk ekspo perdagangan dan pelaburan, tambah kenyataan itu.

    Penganalisis berkata Rusia semakin bergantung kepada China sebagai talian hayat ekonomi yang penting sejak Barat meningkatkan sekatan yang belum pernah berlaku sebelum ini susulan serangan tenteranya di Ukraine.

    Beijing telah menolak kritikan Barat berhubung hubungannya dengan Moscow, memuji perkongsian ‘tiada had’ kerana ia menikmati import tenaga Rusia yang murah dan akses kepada sumber asli yang luas, termasuk penghantaran gas yang stabil melalui saluran paip Power of Siberia. – AFP

    Gambar dari agensi Sputnik menunjukkan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping berjabat tangan semasa mesyuarat di Beijing pada 18 Oktober 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...