SEOUL, KOREA SELATAN, 2 JULAI – Korea Selatan telah melaporkan 826 kes baharu koronavirus, lonjakan harian tertinggi dalam tempoh enam bulan, ketika kebimbangan semakin meningkat mengenai gelombang virus yang besar di wilayah ibu kota itu.
Agensi Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea hari ini berkata 633 kes itu dikesan di wilayah metropolitan Seoul, tempat tinggal separuh daripada 51 juta orang di negara itu.
Puluhan lagi jangkitan masing-masing dilaporkan dikesan di bandar dan wilayah utama lain, termasuk Busan, Daejeon dan Wilayah Chungcheong Selatan. Korea Selatan setakat ini melaporkan 158,549 kes, termasuk 2,024 kematian. – AFP
