SEOUL, 23 OGOS – Siren serangan udara berbunyi di seluruh pusat Seoul hari ini ketika pegawai menghentikan kereta dan mengarahkan orang ramai untuk menuju ke tempat perlindungan bawah tanah dalam latihan pertahanan awam pertama Korea Selatan dalam tempoh enam tahun.
Latihan selama 20 minit yang bermula pada jam 2:00 petang itu bertujuan sebagai “persiapan untuk pemindahan segera dalam kejadian serangan udara seperti provokasi peluru berpandu Korea Utara,” kata Kementerian Dalam Negeri Seoul.
Ketika siren berbunyi di seluruh Korea Selatan, pejalan kaki diarahkan untuk menuju ke tempat perlindungan berdekatan atau kemudahan bawah tanah.
Terdapat lebih kurang 17,000 tempat perlindungan yang ditetapkan di seluruh negara. – AFP