Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Korea Selatan gesa kerjasama global tangani provokasi Korea Utara

    SEOUL, 23 FEB – Menteri Luar Korea Selatan Cho Tae Yul menggesa negara anggota Kumpulan 20 (G20) memainkan peranan aktif dalam menangani ancaman ketenteraan yang semakin meningkat dari Korea Utara.

    Menurut Kementerian Luar Korea Selatan, Cho membuat rayuan itu semasa sesi mesyuarat menteri luar G20 yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil, pada Rabu dan Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap.

    Beliau juga menyeru usaha bersepadu untuk bertindak balas terhadap kerjasama ketenteraan yang semakin meningkat antara Korea Utara dan Rusia serta aktiviti haram Pyongyang yang melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

    Sambil menekankan bahawa tiada alternatif untuk menyelesaikan krisis global selain melalui multilateralisme, beliau menggesa negara-negara G20 untuk melihat di luar konfrontasi geopolitik dan mengukuhkan kerjasama dalam isu seperti perubahan iklim dan transformasi digital.

    Sementara itu, menyentuh isu Ukraine, Cho mengulangi komitmen Seoul untuk terus membantu negara yang dilanda perang itu dalam usaha pembinaan semulanya.

    Korea Selatan baru-baru ini menyertai Multi-agency Donor Coordination Platform for Ukraine, kumpulan penderma multinasional yang menyelaraskan bantuan kewangan dan rancangan pembinaan semula untuk Ukraine.

    Perhimpunan pada minggu ini merupakan perbincangan multilateral pertama yang disertai Cho sejak beliau memegang jawatan itu bulan lepas.

    Cho juga mengadakan perbincangan dua hala berasingan dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Kanada, Indonesia dan negara anggota lain. – Bernama

    Menteri Luar Korea Selatan, Cho Tae-yul semasa mesyuarat menteri G20 di Rio de Janeiro, Brazil, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...