Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dadah bernilai RM4.02j dirampas, enam suspek ditahan

    MELAKA, 23 FEB – Kegiatan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa yang dipercayai menjadikan Pantai Klebang sebagai transit, tumpas selepas enam lelaki ditahan bersama rampasan dadah bernilai RM4.02 juta.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata suspek yang terdiri daripada lima lelaki warga tempatan dan seorang pemastautin tetap berusia antara 40 dan 74 tahun itu masing-masing ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Februari lepas.

    “Dalam serbuan pertama, suspek ditahan di kawasan Kota Syahbandar ketika sedang memindahkan dadah ke dalam sebuah kenderaan lain dan polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 51.95 kilogram (kg) dan serbuk ekstasi seberat 31.45kg bernilai RM4.02 juta.

    “Dalam serbuan kedua polis menahan tiga suspek di Simpang Renggam, Johor manakala serbuan ketiga berjaya menahan dua suspek lelaki di Genting Highlands, Pahang dan hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan seramai 365,000 penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

    Menurut beliau modus operandi sindiket tersebut adalah menggunakan jalan darat bagi menyeludup dadah masuk dari negara jiran di utara dan akan diedarkan ke Indonesia melalui jalan laut dan kesemua suspek yang merupakan penganggur itu mempunyai peranan tersendiri sebagai dalang utama, koordinator dan runner (penghantar dadah).- Bernama

    Gambar hiasan Freepik.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...