Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Korea U jalankan latihan peluru berpandu strategik

    SEOUL, 24 FEB – Korea Utara mengendalikan latihan pelancaran ‘peluru berpandu jelajah strategik’, selepas Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan ketenteraan bersama pada minggu ini.

    nit peluru berpandu strategik Utara melancarkan empat ‘peluru berpandu jelajah strategik Hwasal-2’ dari bandar timur laut Kim Chaek di wilayah Hamgyong Utara ke arah Laut Timur pada awal Khamis, lapor agensi berita Pusat Korea Utara (KCNA).

    “Empat peluru berpandu jelajah strategik itu tepat mengenai sasaran yang telah ditetapkan di Laut Timur.

    “Latihan itu mengesahkan kebolehpercayaan sistem senjata dan meneliti postur tindak balas pantas unit peluru berpandu jelajah strategik.

    “Pelancaran itu jelas memaparkan keupayaan serangan balas nuklear terhadap pasukan musuh,” lapor agensi berita Yonhap memetik laporan KCNA berbahasa Inggeris.

    Tentera Korea Selatan memaklumkan pihaknya sedang menganalisis pelbagai kemungkinan berkaitan pelancaran Korea Utara terbabit.

    “Aset peninjau dan pengawasan Korea Selatan dan AS sedang memantau dengan teliti kawasan (latihan) yang didakwa Korea Utara. “Analisis sedang dijalankan mengenai pelbagai kemungkinan, termasuk sama ada dakwaan (Korea) Utara itu benar atau tidak,” lapor Yonhap memetik Ketua Turus Bersama dalam satu kenyataan. – Bernama

    Skrin televisyen menunjukkan gambar pelancaran peluru berpandu Korea Utara semasa siaran berita di Stesen Kereta api Seoul di Seoul, Korea Selatan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...