Saturday, November 23, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara sahkan lebih sejuta belia sertai tentera

    SEOUL, 16 OKT – Korea Utara hari ini megesahkan lebih sejuta belia telah mendaftar atau menyertai semula tentera minggu ini selepas Pyongyang menuduh tentera Seoul menghantar dron ke ruang udaranya.

    Pyongyang kelmarin meletupkan jalan dan kereta api yang menghubungkan kedua-dua Korea selepas memberi amaran tentang sebarang penerbangan dron selanjutnya akan dianggap sebagai pengisytiharan perang, dan mengarahkan tentera di sempadan supaya bersiap sedia untuk melepaskan tembakan.

    Seoul pada mulanya menafikan tentang penghantaran dron, tetapi Pyongyang mengesahkan ia mempunyai bukti jelas terhadap penglibatannya dalam kempen itu, kononnya memaparkan risalah propaganda antirejim yang tersebar di ibu negara Utara.

    “Berjuta-juta belia telah hadir untuk berjuang di seluruh negara itu bagi menentang Korea Selatan yang melakukan provokasi serius dan mencabul kedaulatan Korea Utara melalui penggunnan dron,” kata agensi rasmi berita pusat Korea.

    Ia berkata lebih 1.4 juta pegawai liga belia dan belia serta pelajar di seluruh negara itu menawarkan diri untuk menyertai atau menyertai semula Tentera Rakyat Korea bermula 14 Oktober sehingga kelmarin.

    Korea Utara telah mempunyai tempoh perkhidmatan ketenteraan mandatori yang panjang untuk lelaki, dan sebelum ini telah membuat pengesahan tentang gelombang semangat untuk menyertai tentera semasa berlakunya ketegangan dengan Seoul atau Washington. – AFP

    Seorang askar Korea Utara berkawal di pos pengawal tentera Korea Utara dari Paju, Korea Selatan, berhampiran sempadan dengan Korea Utara pada 14 Oktober. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda