Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Korea Utara selar China ikut rentak AS

SEOUL, 24 Feb – Korea Utara menyelar China, iaitu sekutu utama dan yang juga pelindung diplomatiknya, kerana ‘mengikut rentak AS’ selepas ia menegah import arang batu dalam hukuman jelas ekoran pelancaran peluru berpandu.

Beijing dan Pyongyang mempunyai hubungan yang dijalin dengan darah Perang Korea, namun hubungan mula tegang dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan, dengan China semakin berasa jengkel dengan telatah nuklear jirannya yang tidak terkawal.

Minggu lalu, ia mengumumkan penggantungan semua import arang batu dari Korea Utara – peraih matawang asing penting bagi Pyongyang bagi tempoh setahun. – AFP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda