Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kota Ranger dan Street United intai kemenangan BFL

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Pasukan Kota Ranger dan Street United dilihat tidak mahu mengalah untuk mendapatkan mata penuh kedua pasukan itu pada persaingan Liga Futsal Brunei (BFL) 2023 di Dewan Tetutup Kompleks Sukan UBD, malam esok.

    Pertemuan Street United dengan Kota Ranger itu bakal melengkapi persaingan pusingan pertama buat 12 pasukan dalam BFL 23 yang sebelum ini berjaya mempamerkan aksi-aksi menarik yang mewarnai kejohanan berkenaan.

    Kota Ranger yang akan membariskan kombinasi pemain senior dan junior di samping akan menerima khidmat pemain import dari negara jiran Sarawak, Malaysia yang dilihat mampu membentuk pasukan yang mantap di samping menjadi sebuah pasukan pesaing dalam BFL.

    Kota Ranger telah mengadakan latihan sebanyak tiga kali seminggu sejak bulan Januari lalu berharap akan berjaya mencapai sasaran untuk menjadi juara BFL 2023 dengan kesungguhan semua pemain.

    Sementara, Street United yakin mutu dan permainan yang baik akan dapat menyaingi pasukan Kota Ranger bagi memulakan cabaran BFL tahun ini.

    Sekalipun mahu meletakkan sasaran berada di kelompok lima teratas dalam carta BFL 2023, Pengurus pasukan Street United, Haji Mohammad Alimin bin Haji Matyassin mahu melihat anak buahnya mampu memberi saingan yang memberangsangkan dalam setiap perlawanan.

    Pasukan Street United semasa mempersiapkan diri menjelang pertemuan dengan pasukan Kota Ranger.
    Pasukan Kota Ranger yang melakukan latihan bagi menghadapi pasukan Street United.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...