Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kotak hitam pesawat tentera Il-76 dijumpai

    MOSCOW, 25 JAN – Kedua-dua kotak hitam milik pesawat tentera Rusia Il-76 yang ditembak jatuh dijumpai di lokasi nahas di wilayah Belgorod, lapor Xinhua, memetik Sputnik hari ini.

    “Kedua-dua kotak hitam iaitu perakam data penerbangan dan perakam suara telah ditemukan,” lapor Sputnik, memetik perkhidmatan kecemasan.

    Kotak hitam itu telah pun diserahkan kepada pasukan penyiasat.

    Hari ini, agensi berita Interfax memetik kenyataan seorang Ahli Parlimen Rusia sebagai berkata Rusia dan Ukraine akan terus bertukar tawanan perang meskipun selepas insiden itu. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...